AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Oleh : JPAM TERENGGANU
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) dan WP Labuan bermula Isnin, 12 Februari 2018 sehingga Khamis, 15 Februari 2018.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.